Anda terlalu sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk bersenam di gim atau berjalan di luar? Kalau begitu, mengapa tidak luangkan sahaja masa bersenam di tempat kerja.
   
Bagi mereka yang sibuk bekerja dengan sebahagian besar masa setiap hari berada di pejabat, mereka boleh melakukan senaman di atas kerusi kerja tanpa perlu keluar atau ke gim.
   
Ahli terapi kesihatan dari Krogh Consultancy Sdn Bhd, Ar'nie Rozah Krogh berkata, senaman selama 15 minit sehari dapat meredakan tekanan mental dan fizikal berkaitan kerja.
   
"Lima belas minit itu sudah cukup bagus, tapi tentunya kalau dapat bersenam lebih lama adalah lebih baik.
   
"Namun, bersenam 15 minit sehari ataupun 105 minit seminggu adalah saranan tempoh paling minimum untuk menjamin kecergasan diri di samping boleh mencegah penyakit berkaitan organ," katanya kepada Bernama di bengkel 'Holistic Health In The Office' yang dianjurkan Pusat Kecemerlangan Bernama, baru-baru ini.
   
Ar'nie berkata kaji selidik menunjukkan 65 peratus daripada pekerja pejabat mendapat sakit kerana tekanan di tempat kerja dan 35 peratus lagi disebabkan kecederaan fizikal.
   
"Lebih ramai mereka di negara maju dilaporkan mati berikutan tekanan kerja, dengan tekanan juga boleh mengakibatkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes dan penyakit lain," katanya.

Ini antara kaedah senaman kat dalam pejabat.

Kaedah Senaman 1

Kaedah Senaman 2

Kaedah senaman 3

Kaedah Senaman 4
Ini semua boleh dilakukan di pejabat sambil tgk komputer.  Semoga tips2 ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada kalian untuk merancang aktiviti senaman mulai sekarang.Bersenamlah untuk kesihatan..