Sarapan pagi adalah penting dalam kehidupan. Ia membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan kekal aktif. Hidangan sarapan pagi juga sangatlah penting. Sesibuk manapun kita, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Berikut merupakan antara makanan-makanan yang baik untuk sarapan pagi.
1. Roti Gandum
Menjadikan roti gandum sebagai menu sarapan pagi boleh membuatkan perut kita kenyang lebih lama dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan. Selain sedap, roti gandum juga kaya dengan serat yang dapat menjadikan perut kita kenyang lebih lama. Untuk menambah kesedapannya, anda boleh menambahkan mentega kacang ke roti gandum, tetapi elakkan menggunakan jem lain yang mengandungi gula yang tinggi agar tidak menambah berat badan.
Oatmeal merupakan makanan yang diperbuat daripada gandum dan ia merupakan sumber energi yang sangat baik. Walaupun memiliki rasa yang tawar, ternyata oatmeal ini mempunyai pelbagai serat dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Banyak manfaat yang diperoleh jika menjadikan oatmeal sebagai hidangan sarapan pagi kerana ia dapat menjaga kesihatan anda berbanding dengan makanan-makanan lain pada waktu pagi.
3. Yogurt
Menjadikan yogurt sebagai menu sarapan pagi adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan ataupun diet. Dan yogurt juga membantu kita memberikan tenaga pada tubuh di waktu pagi. Di samping itu, yogurt juga mengandungi kalsium dapat membuatkan tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.
4. Telur
Telur merupakan menu sarapan yang menjadi kegemaran ramai orang. Antara khasiat makan telur di pagi hari adalah dapat membuatkan kita merasa kenyang lebih lama sehingga tidak cepat rasa lapar. Selain itu, telur juga memiliki sumber protein yang baik untuk tubuh. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
5. Buah-buahan
Selain oatmeal, roti, telur yang menjadi menu pilihan sarapan pagi yang digemari ramai, buah-buahan juga adalah salah satu menu yang sesuai untuk sarapan pagi antaranya pisang, kiwi, betik, dan berry. Di dalam buah-buahan tersebut juga terdapat berbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
6. Susu
0 Comments