Berdasarkan kajian yang dikeluarkan pada 9 Jun lalu, kedudukan bandar metropolitan di Australia, Jepun dan New Zealand, melonjak berbanding negara Eropah.

Kajian tahunan ahli ekonomi pada 2021 menunjukkan Auckland menjadi bandar terbaik untuk didiami, diikuti Osaka dan Tokyo, Adelaide di Australia dan Wellington di New Zealand.

Kedudukan itu berubah sepanjang penularan pandemik Covid-19, tahun lalu.
"Auckland berada pada kedudukan teratas senarai ini kerana kejayaannya menangani Covid-19.

"Kegiatan masyarakat dibenarkan dan pencapaian untuk bandar ini yang begitu baik," kata Unit Risikan Ekonomi.

"Vienna yang sebelum ini berada pada kedudukan pertama antara 2018 hingga 2020 kini jatuh pada kedudukan ke-12.

"Lapan daripada bandar terbesar yang merudum kedudukannya adalah dari Eropah," kata kajian itu.

Kedudukan bandar pelabuhan Hamburg di utara Jerman pula jatuh ke kedudukan ke-47 dalam senarai.

Trend ini berdasarkan 'tekanan sumber kesihatan' di kebanyakan bandar di Jerman dan Perancis yang menyebabkan skor kesihatannya merosot.

Tekanan pada sistem kesihatan di Eropah juga memberi kesan kepada budaya dan keupayaan keseluruhan kehidupan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan, kata ahli ekonomi.

Bandar Dunia Terbaik Untuk Didiami 2021

1. Auckland, New Zealand

2. Osaka, Jepun

3. Adelaide, Australia

4. Wellington, New Zealand

5. Tokyo, Jepun

6. Perth, Australia

7. Zurich, Switzerland

8. Geneva, Switzerland

9. Melbourne, Australia

10. Brisbane, Australia

Sumber: Hmetro