LEGEND SERIES: Lee Kin Hong #5

Ramai yang merindui pemain legenda 90an di era Liga Semi Pro, Lee Kin Hong. Lee merupakan ketua Pasukan Kedah yang pertama menjulang Piala Malaysia.

Walaupun tidak lagi aktif dalam arena bolasepak, beliau masih mengikuti perkembangan pasukan Kedah dan sempat meluangkan masa bersama KDA FC baru-baru ini. Kini berkerjaya sebagai seorang usahawan dan kontraktor perabot di sekitar Alor Setar, perkhidmatan perniagaan beliau antara yang mendapat perhatian dari kalangan kontraktor tempatan.

Segak bergaya memakai jersi KDA FC, kenangan beliau bersama pasukan Kedah suatu ketika dulu cukup besar sebagai satu legasi yang akan dikenang sepanjang zaman.

-----

Dapatkan jersi KDA FC dengan set nama LEE KIN HONG 5 di


#kdafc #legasi #legenda #LKH5