Sebelum solat Suboh emak suruh buka pintu dan tingkap katanya pagi-pagi ini rezeki nak masuk rumah.
Selepas solat Suboh emak pesan jangan tidur lepas Suboh nanti rezeki lari.
Ustaz pun kata berpagi-pagilah dalam mencari rezeki sesungguhnya berpagi-pagi itu ada berkat dan kejayaan.
Masalah utama selalunya kelopak mata ini berat nak tidur selepas solat Suboh.
Disini saya kongsikan 8 tips untuk elak tidur selepas Suboh :
1. Jauhkan diri dari tempat tidur
2. Baca Al Quran dan zikir pagi
3. Mulakan kerja awal
4. Lakukan aktiviti kegemaran kalian
5. Banyakkan membaca tetapi elakkan membaca sambil berbaring
6. Membantu untu sediakan sarapan
7. Mandi awal kalau boleh sebelum Suboh
8. Bersenam
kalau sudah biasa tidak tidur selepas suboh memang tak ada masalah malahan terasa rugi sangat kalau tertidur.
Sumber: denaihati
0 Comments